Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket-tiket penerbangan, kepada pelajar dari Sabah yang belajar di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu melibatkan peruntukan RM10 juta dan subsidi itu boleh digunakan pelajar berkenaan pada bila-bila masa.

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkaitan.

“Bantuan khas one off RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – Bernama