SERDANG – Mayat mangsa kedua dalam kejadian empat beradik sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air di sungai Kota Perdana Seri Kembangan semalam berjaya ditemukan hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan yang mengesahkan penemuan mayat seorang wanita sekitar jam 12.17 tengah hari tadi di lombong D’Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana.
“Mayat wanita dewasa itu dijumpai lebih kurang 10 kilometer dari tempat asal kejadian berlaku,” ujar beliau.
Tambahnya, suami simati mengesahkan identiti mangsa.
“Operasi kini terus dipergiatkan untuk mencari anak bongsunya yang masih hilang,” ujarnya. – MalaysiaGazette