KUALA LUMPUR – Pas Perjalanan Percuma MyRailLife, khusus untuk Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan orang kurang upaya (OKU). dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024 berbanding 14 Februari lalu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi Facebook berkata, pas berkenaan  terpakai  bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas hingga Tumpat termasuk perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.

Pas My Rail Life diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan DMU dan KTM Komuter.

Pada masa sama ia juga usaha menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam. – MalaysiaGazette