KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO sangsi siapa sebenarnya yang melemparkan molotov cocktail (bola api) pada dua cawangan KK Mart di Kuantan dan Bidor, Perak baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Starbucks dan McDonald’s juga diboikot tetapi tidak pula dilempar dengan molotov cocktail.
Oleh itu, katanya, bukan sahaja Polis Diraja Malaysia tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga kena siasat.
Dalam kenyataannya hari ini, Puad mendakwa pihak yang membela KK Mart ingkar dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar menghentikan kontroversi stoking tertera kalimah Allah.
Ia berlaku apabila golongan itu terus bersuara menghentam Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.
Terbaru Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali menuduh tindakan Dr Akmal membenihkan ekstrimisme.
DAP lebih sudu dari kuah, dakwa beliau.
“Mungkin ada parti politik berkepentingan. Membisu macam nak rak. Sokong pula macam nak rak juga,” sindir beliau.
“Tahukah Sheikh Umar, Starbucks dan McD juga diboikot. Tetapi tidak pula dilempar dengan bola api. Itu sebab kita sangsi siapa sebenarnya yang lempar bola api pada KK Mart.
“Mungkin ada parti politik berkepentingan. Membisu macam nak rak. Sokong pula macam nak rak juga,” sindir beliau. – MalaysiaGazette