Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Huda, Sungai Ara, Pulau Pinang hari ini.

BAYAN LEPAS – “Bukan soal Israel bagi peluang (benarkan salur bantuan sementara melalui pintu sempadan utara Semenajung Gaza) atau tidak, itu tanggungjawab dia (Israel) selepas sekian lama khianat rakyat Palestin.”

Itu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan mengambil peluang menyalurkan bantuan kepada Palestin susulan kenyataan Israel membenarkan penghantaran bantuan sementara.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan akan menyegerakan bantuan kepada Gaza menerusi pintu sempadan di Rafah.

“Dia (Israel) sudah khianat sekian lama, orang dah hampir kebuluran, baru nak cakap (buka sempadan). Kita akan terus bagi tekanan,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di sini hari ini.

Anwar.

Terdahulu, kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Anwar di masjid berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia telah menghantar misi bantuan tiga hingga empat kali sebelum ini.

“Saya tak ingat sekarang (jumlah dan nilai bantuan) tapi sudah tiga empat kali dah.. dua kali saya minta Presiden, Abdel Fattah al-Sisi (Presiden Mesir), dua minggu pun beliau bantu percepatkan bantuan dan kali ketiga dah sampai cuma sekarang ini dah standby (bantuan) masih ada.

“Insya-Allah, kita akan bantu sebab masih ada peruntukan sebab que (giliran) yang panjang ratusan lori biar clear (selesai) dulu agar pengedaran itu lebih teratur,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan akan membenarkan penghantaran ‘bantuan sementara’ melalui sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan Israel, selain membenarkan bantuan melalui lintasan sempadan Erez dan pelabuhan Ashdod, kira-kira 40 kilometer (km) di utara Gaza, pihak berkuasa juga akan membenarkan ‘peningkatan bantuan Jordan melalui Kerem Shalom’, lintasan sempadan di selatan Israel.

Pengumuman itu dibuat ketika tekanan antarabangsa memuncak ke atas Israel selepas ia bertanggungjawab ke atas serangan yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast