Amin Idris

KUALA LUMPUR – Penceramah selebriti, Amin Idris meminta umat Islam di negara ini terburu-buru menjatuhkan hukum dalam isu kalimah Allah pada tapak kasut.

Melalui hantaran di Facebook, beliau menegaskan, kalimah Allah wajib dipertahankan tetapi pada masa yang sama menuduh perkara yang bukan-bukan.

Kenyataan itu dibuatnya berdasarkan petikan kitab Fathul Bari, karangan Ibnu Hajar berkenaan fitnah.

Berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya dalam seni khat, Amin menjelaskan tulisan di tapak kasut Verns langsung tiada dalam mana-mana bentuk Nasah, Tsulus, Raqa’ah, Diwani, Kufi dan lain-lain.

Katanya, tulisan di tapak kasut hanyalah mewakili desain kasut dan kasut louboutin dan ada lace kasut.

Justeru beliau menasihati umat Islam lebih berhati-hati dan melakukan sesuatu dengan ilmu bukannya menggunakan emosi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Memang win komen dari seorang yg berakal bukan mengikut nafsu dan kebatilan ilmu.

Comments are closed.