KUALA LUMPUR – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 6 April lalu sudah pulang ke pangkuan keluargannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, remaja berkenaan balik pada jam 9 malam Selasa lalu.
“Hasil siasatan polis mendapati, remaja berkenaan berada di rumah rakannya sepanjang kehilangannya sejak petang Sabtu minggu lalu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Pada Selasa lalu, Shahrulnizam menerusi kenyataan media melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan selepas meninggalkan kediamanya sekitar jam 2.30 petang.
Dia keluar membawa bagasi dari kediamannya di Ara Damansara. – MalaysiaGazette