KUALA LUMPUR – Tiada kawasan yang terputus bekalan elektrik akibat kebakaran pencawang masuk utama (PMU) di Malim Jaya di Melaka, petang tadi.
TNB Careline berkata, kejadian itu bermula jam 5.16 petang.
“Untuk makluman, kebakaran tersebut telah padam pada 5.40 petang dan siasatan akan dijalankan setelah semua keadaan disahkan selamat.
“TNB sentiasa mengambil langkah-langkah bagi memastikan bekalan elektrik terjamin,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette