Foto: Fb Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di Malaysia.
“Pelan Strategik ini akan turut meliputi pakej insentif yang lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi, khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam industri semikonduktor di Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) di Putrajaya.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat tersebut meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan bersetuju ian dilaksanakan secara usahasama antara syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC), Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.
Tambah beliau, ini merupakan titik tolak kepada usaha kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara.
Katanya, pengoperasiaan KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050. – MalaysiGazette