Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pengurusan Hospital Pulau Pinang (HPP) sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki warga emas yang sudah meninggal di wad hospital berkenaan pada 6 April lalu.

Timbalan Pengarah Perubatan HPP Dr. Wong Khar Ming berkata, lelaki bernama A. Puspanathan, 66, disahkan meninggal dunia akibat Metastatic Gastric Adenocarcinoma (kanser perut) pada jam 1.56 pagi.

“Pihak hospital telah cuba mengesan keluarga warga emas berkenaan termasuk pergi ke alamat kediaman terakhir di No. 459 Jalan Jelutong di sini, namun gagal menemui mereka.

“Susulan itu, mayat warga emas itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HBP berikutan tiada waris tampil menuntut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil atau menghubungi Jabatan Perubatan Forensik di talian 04 222 5098 untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette