KUALA LUMPUR – Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sebentar tadi.
Difahamkan Kurup sudah mengalami komplikasi kesihatan sejak kebelakangan ini.
Mendiang yang berusia 80 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Mak Soak Fong dan enam orang anak termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga telah bersara dari politik selain meletak jawatan Presiden PBRS yang dipegangnya sejak parti tersebut diasaskan.
Jawatan itu kini digantikan anaknya, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
Joseph pernah bergelar ahli politik dengan pelbagai jawatan menteri sepanjang 40 tahun ini. – MalaysiaGazette