Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melanjutkan tempoh kerja-kerja henti tugas berjadual di tiga kawasan sekitar Jenjarom dan Banting hingga Sabtu ini.

Menerusi hantaran di Facebook TNB memaklumkan, kawasan yang terbabit adalah Taman Desa, Kampung Baru Sungai Jarom dan Taman Yayasan 5.

Katanya, kerja-kerja itu akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Untuk keselesaan para pengguna, kami mencadangkan persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini,” katanya.

TNB berkata, pihaknya juga mengambil langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan berlaku dalam tempoh paling minimum.

Pada masa sama katanya, pengguna diminta berhati-hati semasa mengendalikan peralatan elektrik terutama ketika berlakunya gangguan bekalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast