BATU PAHAT – Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe, Kluang, hari ini direman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Pemandu bas itu mengenakan pelitup muka dan hidung ketika tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 8.33 pagi.

Dalam kejadian pagi semalam, lelaki berusia 51 itu merempuh 11 kenderaan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Kejadian dikatakan berpunca daripada bas milik Kolej Vokasional Batu Pahat yang dipercayai mengalami masalah brek. -MalaysiaGazette