Pegunjung datang memeriahkan Teh Hijau Kuala Lumpur - Gambar Ihsan DBKL

KUALA LUMPUR – Program Teh Hijau Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini kembali lagi.

Bertemakan ‘Meriahnya Aidilfitri’, program ini menampilkan konsep rumah terbuka, yang mana warga kota yang hadir disajikan dengan juadah makanan oleh penjaja-penjaja terpilih sekitar Kuala Lumpur.

Unit Media, Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam kenyataan berkata, pelbagai pertandingan yang berkonsepkan Aidilfitri diadakan seperti menganyam ketupat, menghias pulut kuning, mewarna Ceria Raya, pertandingan busana Aidilfitri serta karaoke raya.

“Para pengunjung juga berpeluang mengunjungi reruai perkhidmatan dan pameran oleh DBKL iaitu Tabung Haji, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Giatmara dan Jabatan Belia dan Sukan,” kata, hari ini.

Selain itu, turut diadakan Jualan Rahmah, Jualan AgroMADANI, jualan preloved item serta tukaran barang menerusi Program Kitar Semula 1C1R.

“Pengunjung juga berpulang memenangi 90 cabutan bertuah selain berpeluang beramah mesra bersama artis terkemuka seperti Bell Ngasri dan Afdlin Shauki.” katanya.

DBKL menyasarkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kota mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKL secara lebih meluas. –  MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast