Sunday, May 19, 2024
Home Seni Hidup Siti Nurhaliza kembali dengan konsert di Arena of Stars

Siti Nurhaliza kembali dengan konsert di Arena of Stars

Foto Facebook Siti Nurhaliza.
KUALA LUMPUR – Penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali lagi dengan persembahan berskala besar apabila bakal mengadakan konsert terbaru pada 10 Ogos 2024 di Resorts World Genting.
“Persembahan julung kali di Arena of Stars, Resorts World Genting akan menzahirkan konsep persembahan cinta setinggi awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri. Persembahan kali ini sebagai satu medium untuk beliau membuktikan rasa cinta dan sayang beliau kepada para peminat.

“Jangan lepaskan peluang menonton konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) jam 8.30 malam.
“Nantikan pembelian tiket di rwgenting.com dan myticket.asia pada 25 April 2024 (Khamis),” tulis hantaran itu.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Siti Nurhaliza yang telah berlangsung pada 9 Mac lalu telah habis terjual dalam tempoh dua jam. – MalaysiaGazette