Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Laman Sosial, X.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Menurut beliau, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa itu.

“Tragedi ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan merupakan satu kehilangan besar buat negara.

“Semoga semua keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghidapi musibah ini dan roh semua yang terkorban dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta mendapat kedudukan yang istimewa di sisi-Nya,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X, hari ini.

Anwar berkata,  satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas berkenaan.

Nahas membabitkan dua helikopter itu berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan Kem TLDM, Lumut.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.32 pagi mengorbankan kesemua kru TLDM dalam helikopter berkenaan.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast