KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines akan menjadualkan semula beberapa penerbangan yang dibatalkan berikutan letusan gunung berapi Gunung Nuang di Indonesia, baru-baru ini.
Syarikat penerbangan itu menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini melibatkan MH2660D (KUL-TWU) awalnya MH2660 dan MH2661D (TWU-KUL) sebelum ini MH2661.
Dalam pada itu, MAS turut menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).
Namun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
“Kami akan melakukan kemas kini secara berkala dan memaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2668 (KUL-SDK) dan MH2669 (SDK-KUL).
Sementara itu, penerbangan ke dan dari Sarawak yang dibatalkan adalah MH2594 (KUL-MYY), MH2593 (MYY-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2575 (MYY-KUL), MH2716 (KUL-SBW) dan MH2715 (SBW-KUL) .
Tambahnya, bagi meminimumkan kesulitan yang disebabkan pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau boleh memilih bayaran balik penuh.
Penukaran atau pembatalan itu boleh dilakukan melalui My Booking di laman sesawang Malaysia Airlines. – MalaysiaGazette