Aliff menjelaskan mengenai perkara itu menerusi podcast The Common Folks.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz akhirnya menjawab beberapa persoalan berhubung kontroversi membabitkan dirinya dengan isteri iaitu Bella Astillah selepas sekian lama mendiamkan diri.

Menurut Aliff, 33, dia ada sebab enggan tampil ke depan sebelum ini kerana tidak mahu  isu itu terus menjadi panas.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.

“Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara tu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.

Aliff menjelaskan mengenai perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang dimuat naik malam tadi.

Sementara itu, Aliff turut meluahkan kekesalan kerana mendedahkan aib isterinya termasuklah dakwaan curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.

Kata Aliff, semasa pendedahan itu dia terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal emosinya.

“Ia perkara yang salah, dan saya menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya dia (Bella) tetap ibu kepada anak-anak saya.

“Semasa itu saya dipenuhi rasa marah kebencian dan menyesal,” ujarnya.

Dalam rakaman podcast itu juga Aliff dilihat menitiskan air apabila diminta menyampaikan luahan terhadap Bella Astillah.

Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Tidak menafikan dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast