KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan promosi harga istimewa sebanyak RM200 bagi penulisan wasiat sempena bulan haji.

Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar berkata, tawaran istimewa ini dibuka khas kepada bakal-bakal haji untuk mempersiapkan diri menyediakan satu bentuk pesanan pembahagian harta sebelum bermusafir menunaikan ibadah haji.

Selain daripada itu orang awam juga boleh menikmati kadar diskaun penulisan wasiat ini yang telah pun bermula pada 24 April sehingga 30 Jun 2024.

Promosi ini meliputi pelantikan wasi dan penyediaan wasiat lengkap.

Melalui penyediaan wasiat ini, pewasiat secara tidak langsung akan dapat melaksanakan kebajikan yang diinginkan dan mengadakan pesanan untuk melunaskan hutang piutang termasuk nafkah di bawah tanggungan.

Selain itu, permohonan wasiat ini juga dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dalam
keluarga termasuk dapat mengelakkan harta pusaka menjadi beku.

Melalui tawaran ini juga, MAIS melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris.

MAIS adalah badan berautoriti agama Islam dalam negeri Selangor untuk merancang dan
membahagi harta anda melalui Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor 2003. – MalaysiaGazette