KUALA LUMPUR – Penduduk sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu dekat sini berpeluang memeriksa tahap kesihatan mereka dengan menyertai Karnival Kesedaran Kesihatan Madani Hulu Selangor esok.

Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, karnival berkenaan dianjurkan sebagai satu inisiatif demi membawa kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya di Kuala Kubu Bharu mengenai pentingnya mengetahui kesihatan mereka demi gaya hidup yang sihat.

Timbalan Setiausaha Agung PKR  Pusat itu berkata, Karnival Kesedaran Kesihatan terbabit akan diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang esok di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khing Ming.

“Sepanjang karnival berkenaan kita menyediakan perkhidmatan saringan pemeriksaan Peka golongan B40,pemeriksaan kesihatan secara percuma, pemeriksaan mata, pemeriksaan kanser, kempen Derma Darah dan juga Pameran Kesedaran mengenai kesihatan mental.

“Dalam program tersebut kita menyediakan cenderahati secara percuma untuk 300 peserta terawal dalam karnival itu selain cabutan bertuah turut disediakan untuk dibawa pulang oleh peserta,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Dr Sathia, karnival berkenaan merupakan satu lagi usaha yang dianjurkan oleh SP Care Group dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

“Kita mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin dan pengamal perubatan demi memupuk kesedaran dalam diri masyarakat agar sentiasa memeriksa tahap kesihatan mereka menerusi program sebegini.

“Kita tidak mahu masyarakat mengambil ringan mengenai kesihatan mereka dalam dunia yang makin mencabar ini yang mana dalam kesibukan mencari pendapatan keluarga kesihatan perlu diutamakan sentiasa.

“Saya mahu masyarakat di Kuala Kubu Bharu memanfaatkan peluang karnival kesihatan ini sepenuhnya dengan menghadirkan diri pada pagi esok,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival berkenaan orang ramai boleh menguhubungi Wong Sheau Mei di talian 019 3716536 dan Shanthiran 019 2827129.- MalaysiaGazette