Yumeiho Asia terletak di Tamarind Square, Cyberjaya.

KUALA LUMPURYumeiho Asia iatu pusat terapi urutan terkenal dari Jepun membuka cawangan pertama di negara ini dalam usaha menawarkan rawatan pelengkap menerusi pendekatan terapeutik terhadap kesejahteraan fizikal dan mental individu.

Pengasas dan pengarahnya, Zaphir Lembang berkata, terapi urutan yang memfokuskan pada menyeimbangkan postur dan fungsi badan menggunakan 100 teknik tanpa memberikan rasa sakit ketika rawatan.

Menurut beliau, rawatan itu juga memperbaiki ketidaksejajaran dalam sistem muskuloskeletal dan saraf badan bermula di bahaian pinggul dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

“Terapi Yumeiho menggunakan teknik tekanan dan regangan pada bahagian pelvis yang merupakan menyebabkan kelemahan, kesakitan, penyakit dan pelbagai masalah kesihatan.

“Selama lebih 50 tahun berada di pasaran, ia membantu merawat sakit belakang, slipped disc, masalah sendi, ketegangan otot, sakit kepala, masalah pencernaan, masalah haid, masalah pernafasan dan kadang-kadang digunakan sebagai terapi pelengkap untuk pesakit barah dan pesakit yang berpenyakit kronik,” katanya pada majlis pelancaran cawangan baru-baru ini.

Terapi Yumeiho muncul di pasaran sejak 50 tahun lalu bermula di Jepun.

Zaphir yang memiliki gelaran sensei menambah, terapi Yumeiho melibatkan teknik regangan dan mobilisasi yang dapat membantu meningkatkan jangkauan gerakan dan mobiliti pada sendi dan otot individu.

Menurutnya, ia juga meliputi tekanan dan regangan yang lembut di mana dapat membantu melepaskan ketegangan dan meningkatkan relaksasi dalam usaha memberikan kelegaan.

Terapi Yumeiho bertujuan untuk meningkatkan aliran darah dan pengaliran limfa yang boleh memberikan hasil penambahbaikan fungsi organ yang lebih baik.

“Dengan pembukaan cawangan pertama di Cyberjaya, Yumeiho Asia komited untuk membantu orang ramai mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

“Ahli terapi kami yang bertauliah dan berpengalaman akan membawa ke dalam dunia yang tenang menerusi pembaharuan, dan penyembuhan holistik ke arah kesejahteraan fizikal dan mental yang lebih baik.

“Ia sama ada mencari kelegaan daripada kesakitan yang kronik, pengurangan tekanan atau sekadar ingin meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan, Yumeiho Asia berdedikasi untuk menyediakan penjagaan dan perhatian yang luar biasa kepada orang ramai,” katanya.

Yumeiho Asia yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya beroperasi Selasa hingga Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang. – MalaysiaGazette

Zaphir Lembang.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast