Mangsa cedera pada bahagian muka serta anggota badan akibat ditimpa rimbunan pokok di Taman Botani, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas cedera ditimpa rimbunan Pokok Ara Nasi dalam kejadian di Taman Botani di sini, hari ini.

Pegawai APM Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.17 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 80 tahun itu sedang berjalan menyeberangi sebuah titi di taman berkenaan sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat serta nampak sebuah pokok jatuh ke arahnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa menyeberangi titi di taman tersebut.

“Mangsa cuba melarikan diri namun tersandung dan jatuh di atas jalan sekali gus ditimpa ranting pokok tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Muhammad Aizat, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan anggota badan namun berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa memotong pokok tersebut sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi.

“Kita beri rawatan awal kepada mangsa sebelum hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast