Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Polis Pahang giat memburu tiga sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis ketika menyamun seorang lelaki hingga mengakibat kerugian sebanyak RM18,000 pada Khamis lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kejadian itu suspek telah menarik mangsa masuk ke dalam kereta bernombor pendaftaran paslu.

Suspek kemudiaan meninggalkan mangsa yang berusia 24 tahun di jirat Cina selepas lapan jam insiden berlaku.

”Polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kejadian kes samun dengan menyamar sebagai anggota daripada seorang wanita yang berusia 22 tahun.

”Semasa kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 2 Mei lalu,  pengadu bersama teman lelakinya  berada di sebuah restoran di Kuantan.

”Pengadu dan mangsa telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali  yang memakai penutup muka dan bertopi menaiki kereta Proton Bezza,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ssuspek telah memperkenalkan diri sebagai polis dan terus menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan berkenaan.

Yahaya berkata, kepala mangsa telah ditutup dan telah dibawa ke sebuah premis yang tidak diketahui.

”Susulan itu pada 3 Mei 2024, mangsa telah dibawa ditinggalkan di kawasan perkuburan Cina di kawasan Bukit Ubi, Kuantan dalam keadaan kepala masih bertutup pada jam 1.30 pagi.

”Mangsa kemudiannya telah berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan rakannya,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu merompak berkumpulan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – MalaysiaGazette