Lebih 75 wakil NGO dan juga wakil penduduk tempatan msyarakat India program ramah mesra yang disempurnakan oleh Saifuddin Nasution selaku tetamu khas yang diadakan di Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor baru baru ini.Sumber Keadilan

KUALA LUMPUR – Para pengundi di Kuala Kubu Baharu khususnya masyarakat India diyakini masih setia Bersama Pakatan Harapan (PH) dan dijangka terus memberikan kepercayaan kepada calon Kerajaan Perpaduan.

Mereka akan menterjemahkan sokongan dalam bentuk undi kemenangan kepada calon dari DAP, Pang Sock Tao esok.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Pusat Dr.Sathia Prakash Nadarajan yakin ekoran sambutan luar biasa para wakil badan buka kerajaan serta ketua komuniti beserta rumah ibadat yang telah hadir menjayakan Program Ramah Mesra dan Perpaduan Bersama Ketua-Ketua Komuniti India Kuala Kubu Baharu saban hari.

Katanya, program anjuran Penyelaras Parlimen Hulu Selangor itu diadakan khususnya berfokus pada komuniti India iaitu pengundi di Kuala Kubu Baharu bersempena Pilihan Raya Kecil pada kali ini.

“Program yang dihadiri dan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berjaya menemukan lebih 75 NGO mewakili masyarakat India sekitar Kuala Kubu Baharu dan wakil penduduk tempatan.

Saifuddin Nasution bersama Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash di Program Beramah Mesra dengan wakil NGO India di Huu SElangor baru baru ini.

“Amanat Saifuddin selaku Setiausaha Agung PKR Pusat juga telah memberi impak yang sangat positif sekaligus secara tidak langsung merapatkan jurang antara masyarakat India dengan KDN yang tidak pernah kita lihat sebelum ini sebelum ini.

“Justeru, ia juga menjadi platform wakil masyarakat India berkongsi permasalahan serta segala tuntutan mereka secara langsung kepada perhatian KDN yang merupakan satu kelebihan kepada penduduk tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Dr Sathia Prakash berharap sokongan padu komuniti India di KKB diterjemahkan dalam bentu undi kemanangan calon Perpaduan pada Sabtu ini dalam PRK DUN KKB.

Dr Sathia berkata, rekod pencapaian KDN yang mendekati isu utama yang sentiasa menghantui masyarakat India iaitu kewarganegaraan yang berjaya diselesaikan dengan 14,000 permohonan diluluskan termasuk hampir 40 peratus daripadanya.

“Penjelasan (Saifuddin Nasution) tentang betapa serius kerajaan Madani mendekati, mendengar dan berusaha menyelesaikan isu yang dibawa ke perhatian khususnya masyarakat India bukti kerajaan sentiasa ikhlas dan tidak pernah menyisihkan komuniti ini.

“Cuma, harapan saya adalah sokongan padu yang ditunjukkan oleh komuniti India di Kuala Kubu Baharu ini dapat diterjemahkan sepenuhnya dalam bentuk undi kemenangan kepada calon Perpaduan kita pada esok (Sabtu) nanti,” ujarnya lagi.-MalaysiaGazette