Seorang wanita mangsa kebakaran berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam insiden di Ampang petang tadi.Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Dua wanita warga terselamat dalam kebakaran di apartmen mereka di Pandan Mewah, Ampang, di sini,  hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu menerusi panggilan awam ke bilik gerakan operasi negeri pada jam 6.33 petang tadi.

Katanya, bertindak atas panggilan kecemasan itu, sepasukan anggota bomba dengan jentera pemadan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bergegas ke lokasi kebakaran.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, semakan mendapati kebakaran berlaku di dalam bilik  sebuah unit kediaman teratas apartmen empat tingkat di Pandan Mewah dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.

“Anggota telah berjaya memadam dan mengawal kebakaran itu sepenuhnya jam 6.55 petang tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan di apartmen itu menyaksikan anggota bomba menyelamatkan dua wanita berusia 40 dan 65 tahun.

“Kedua-dua mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan alam kebakaran tersebut,” katanya sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast