Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap pada media ketika di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 15 MEI 2024.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet mungkin akan membincangkan mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang tahanan rumah melibatkan Datuk Seri Najib Razak dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.

Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Fadzil, berkata, perbincangan itu akan dibawa setelah Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Qatar.

“Tak dibincangkan (kenyataan Anwar mengenai tahanah rumah Najib) mungkin bila PM balik dan kembali ke tanahair minggu depan (akan dibincangkan).

“Tapi saya percaya yang dimaksudkan ialah mengikut proses, itu yang beliau (Anwar) sebut,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mesyuarat Kabinet hari ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, ketika ditemubual Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar di Doha, Anwar berkata bahawa tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

Anwar berkata, beliau akan memberikan cadangan tersebut jika Yang di-Pertuan Agong meminta pandangan berkaitan perkara tersebut.

“Keputusan untuk mengurangkan hukuman adalah hak Yang di-Pertuan Agong. Sama ada dia diberikan tahanan rumah, pendirian kami pada waktu ini adalah beliau menjalani proses dan biarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.

“Ini masih dalam proses perbicaraan 1MDB. Saya fikir biar proses itu diteruskan dan jika Yang di-Pertuan Agong minta nasihat, saya akan kata ‘Duli Yang Maha Mulia, biarkan proses diteruskan’ tapi perlembagaan memberikan kuasa kepada Agong untuk membuat keputusan.

“Saya sebagai Perdana Menteri, tidak akan mendahului Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar ketika diminta mengulas isu tahanan rumah terhadap Najib yang turut ditimbulkan oleh anggota Kabinet beliau.

Beliau berkata demikian dalam slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu. – MalaysiaGazette

Pertimbangan tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai – PM

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here