Dr. Mohd Foad Sakdan (kiri) dan Rector of the Banking and Finance Academy, Dr. Khoshimov Elmurod bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) dan Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Khodjaev pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Utara Malaysia.

UZBEKISTAN – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan detik bersejarah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan empat universiti di negara ini.

Kolaborasi strategik ini membabitkan Tashkent International University Of Financial Management And Technologies (TIFT) dan Tashkent State University Of Economics (TSUE), Oriental University dan Banking and Finance Academy di Samarkand Business Centre, semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan,  Rektor TIFT, Azizkhon Nodirov, ‘First Vice-Rector’ TSUE, Prof. Sultonali Mehmonov dan Rektor Oriental University, Prof. Murodjon Ubaydullaevich Akhmedov dan  Rector of the Banking and Finance Academy, Dr. Khoshimov Elmurod mewakili institusi berkenaan.

Dr. Mohd Foad berkata, UUM telah menandatangani memorandum dengan empat universiti yang terletak di Uzbekistan bagi mengukuhkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan penerbitan.

“Bentuk kerjasama yang dirintis antaranya program pertukaran pelajar melalui mobiliti berkredit dan tidak berkredit dapat dijalankan dengan lebih mudah sekali gus  membantu UUM mencapai sasaran pelan strategik melalui kerjasama dengan rakan universito.

“MoU ini tidak hanya menjadi landasan penting untuk kerjasama akademik, tetapi juga  bagi hubungan bilateral antara Malaysia dan Uzbekistan,” katanya.

Susulan MoU ini, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif akan melebarkan sayap ke TSUE bagi mengadakan seminar antarabangsa pada 20 – 22 Oktober 2025 bertemakan ‘Leveraging Quantitative Methods for Shaping Digital Age Innovations’.

Pusat pengajian juga akan terus bekerjasama dengan kedua-dua universiti dalam program pertukaran pelajar dan staf serta memperbanyakkan padanan geran antara kedua-dua universiti.

Oriental University (OU) merupakan sebuah universiti swasta di Uzbekistan yang menyediakan peluang kemasukan pelajar terutamanya pada peringkat sarjana muda.

MoU yang ditandatangani antara UUM dengan OU berpotensi menambah bilangan pelajar antarabangsa di UUM.

Dianggarkan 170,000 pelajar dari Uzbekistan sedang mencari tempat pengajian di luar negara kerana bilangan pusat pengajian tinggi yang terhad di negara tersebut, justeru MoU ini secara tidak langsung akan meningkatkan kredibiliti UUM di Uzbekistan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast