Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR- Kolumnis yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem apartheid, Andrew Sia, akan dirakam keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siatan polis.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sedang membuat semakan terhadap portal tersebut bagi memanggil pengarangnya untuk merakan keterangan.

“Kita sedang meneruskan siasatan dalam kes ini di Bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta mengikut Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian,”katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada 22 Mei lalu, Andrew menulis artikel mengenai isu parallel pathway dan keengganan UiTM membuka pintu buat sementara waktu kepada bukan bumiputera dalam bidang pasca-siswazah untuk menangani kekurangan pakar bedah kardiotoraks.

Menurut Razarudin, pihaknya sedang memohon profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mendapatkan butiran penulis artikel terbabit. – MalaysiaGazette