Mason Greenwood. Foto BBC.

LONDON – Penyerang muda Manchester Uniter, Mason Greenwood mengucapkan selamat tinggal kepada kelab pinjamannya iaitu Getafe di La Liga.

“Sangat berterima kasih kepada keluarga Getafe dan peminat untuk musim yang menakjubkan. Seronok bermain untuk anda, saya doakan yang terbaik untuk anda,” tulisnya di media sosial.

Greenwood akan kembali ke United namun kelab itu dikatakan dalam perancangan untuk menjual Mason pada musim panas ini.

Kelab Sepanyol, Getafe menandatangani Mason Greenwood secara pinjaman dari Manchester United, musim lalu.

Greenwood digantung sejak Januari 2022 oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas terbabit dalam kes serangan seksual, namun dakwaan ke atasnya digugurkan pada Februari tahun lalu.

Namun Barcelona menjadi kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain sayap itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast