Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan menyambut Jubli Emas parti itu ke-50 dengan menganjurkan konvensyen peringkat kebangsaan sebagai acara kemuncak Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bulan depan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelbagai program dan agenda yang telah diatur bermula di Kelantan dan Johor akan mengadakan konvensyen pada 8 Julai  diikuti Terengganu dan Pahang pada 15 Julai depan.

“Negeri lain juga akan mengadakan konvensyen yang akan diatur.

“BN juga akan menganjurkan beberapa siri wacana forum dan dialog awam di mana generasi muda dan kalangan pemikir akan diundang sebagai usaha mengukuhkan parti bagi dekad-dekad mendatang.

“Kita juga akan melancarkan dokumen kisah sejarah perjuangan BN,” katanya pada sidang media dan prapelancaran Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun BN ke-50 di sini hari ini.

Ketika ini, gabungan BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast