Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.

“Ini (spekulasi) tidak akan membantu siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya didapati di penghujung siasatan itu perlu diambil beberapa tindakan termasuk membawa sesiapa ke mahkamah, itu kita serah kepada AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya.

Beliau kepada demikian pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Fahmi juga mengingatkan warganet untuk berhati-hati dan tidak menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) di media sosial, selain ia juga bertujuan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast