Fahmi Abd Moin

KUALA LUMPUR – Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd Moin mendedahkan beliau masih lagi belum dapat bertemu pasangan itu yang kini dalam tahanan reman polis.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, kata Fahmi, beliau sendiri setakat tidak tahu tentang perkembangan kes ini melainkan maklumat yang didapati melalui media.

Kata beliau, walaupun pasangan itu mempunyai hak dalam kanun tatacara jenayah yang memberinya peluang bertemu peguam mereka ketika dalam tahanan reman namun sehingga saat polis tidak memberi kebenaran.

“Saya hanya baca perkembangan dalam media sahaja. Sehingga kini, saya belum dapat bertemu dengan mereka walaupun surat permohonan sudah dihantar semalam.

“Dalam kanun tatacara jenayah, peguam ada hak untuk jumpa anak guam semasa dalam tahanan reman. Saya akan maklumkan kepada majistret esok situasi ini,” katanya hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan selepas tempoh reman tamat esok.

Jumaat lepas, polis menahan ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan di Puncak Alam iaitu rumah keluarga bagi membantu siasatan dan kedua-dua mereka direman tujuh hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Pada 6 Disember, mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam selepas hampir 30 jam dilaporkan hilang.

Berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya. – MalaysiaGazette

Reman ibu bapa Zayn Rayyan akan disambung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast