KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan kelayakan kenderaan dan kuota untuk dikemukakan segera untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.
Ia susulan ada pihak telah mengemukakan permohonan terus kepada KPDN bagi mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara syor yang dikemukakan ialah mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di Bawah SKDS 2.0.
Selain itu, meningkatkan kuota asas sedia ada di Bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.
“KPDN sedang meneliti semua ini dan ia akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel yang dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jawatan kuasa itu dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri,” ujarnya. – MalaysiaGazett