KUALA LUMPUR – Kadang-kadang, bukan rakyat nak kutuk Pakatan Harapan (PH) sebaliknya bayang PH yang mengutuk mereka secara ‘kaw-kaw’ sekarang, kata pemerhati politik yang menggunakan akaun Facebook Ulasan Apek Cina.
Ia kerana, katanya, yang kata daya saing jatuh salah perdana Menteri (PM) itu PH.
Yang kata semua tender kena buka pun PH.
“Yang kata harga petrol naik zalim itu PH, Yang kata kadar cukai naik zalim itu PH. Yang kata pelaburan asing jual negara itu PH
“Yang kata kos kehidupan naik kerajaan tak guna itu PH,” katanya.
Malah, yang kata elektrik naik bebankan rakyat itu PH, juga yang kata hutang negara bankrap negara itu PH.
Yang kata UMNO adalah “ penyamun “ juga PH, katanya.
Tambahnya lagi, yang kata MCA mengkhianati Cina tak iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) itu PH
Yang kata MIC x jaga kuil itu PH, ujar beliau lagi.
Oleh itu, menurutnya, yang menghantui PH hari ini bukan orang lain, malah PH sendiri.
“Perihal PH melakukan apa yang mereka lawan, hanya membawa satu maksud : BN adalah betul,” tulisnya. – MalaysiaGazette