SEOUL – Kumpulan K-pop wanita popular, BLACKPINK akan menyambut ulang tahun kelapan dengan menayangkan sebuah filem yang merakamkan jelajah dunia mereka yang mencatat rekod, kata agensi kumpulan itu pada Jumaat.

Filem bertajuk “BLACKPINK World Tour ‘Born Pink’ in Cinemas,” akan ditayangkan di Korea Selatan dan lebih 100 negara lain pada 31 Julai, menawarkan peminat peluang untuk menghidupkan kembali persembahan mengagumkan kumpulan itu, kata YG Entertainment.

Tarikh tayangan filem berkenaan adalah kira-kira seminggu sebelum ulang tahun kelapan kumpulan itu pada 8 Ogos, lapor agensi berita Yonhap.

Filem konsert itu merangkumi inti pati jelajah “Born Pink” kumpulan K-pop berkenaan, yang merangkumi 34 bandar dan menarik 1.8 juta penonton dalam 66 persembahan dari 2022 hingga 2023. Jelajah ini telah diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dilakukan oleh kumpulan K-pop wanita.

Ia bakal menjadi fenomena memandangkan ia adalah tayangan filem konsert pertama kumpulan K-pop wanita yang ditayangkan di lebih 110 negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Filem ini akan tersedia dalam pelbagai format, termasuk ScreenX, 4DX dan Ultra 4DX, menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan, menurut agensi itu. – BERNAMA-YONHAP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast