Seorang pelajar berusia 13 tahun disyaki terjatuh dari tingkat 3 sekolah dan mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian Jumaat.

KAJANG – Polis sedang mencari punca kejadian seorang pelajar sekolah ditemui terbaring dalam keadaan cedera dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berupa maklumat tentang pelajar berkenaan  pada jam 5.50 petang, semalam di Bilik Gerakan Operasi IPD.

“Siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah tersebut.

“Mangsa berusia 13 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Kajang dan dirawat dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan itu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, jika disabitkan kesalahannya boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here