Nur Fathiah Syazwana atau lebih popular dengan panggilan Cleopatra.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah hari ini menangguhkan keputusan kesahihan pernikahan dan sijil nikah pempangaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih popular dengan nama Cleopatra dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Keputusan penangguhan itu yang diputuskan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat dalam kamar juga membuat ketetapan tarikh keputusan pada 14 Ogos depan.

Perkara itu disahkan kepada media oleh peguam mewakili Cleopatra, Datuk Akberdin Abdul Kader hari ini.

“Patut ada keputusan tapi tangguh pada 14 Ogos ini, sama ada wujud atau tidak perkahwinan ini,” katanya.

Sebelum ini, Cleopatra pernah menafikan dirinya pernah bernikah dengan Bakri dan   dikatakan pernah ke negara jiran untuk melangsungkan pernikahan dengan Bakri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast