Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja & Ekonomi Gig, Datuk Seri Sharkar Shamsudin bercakap pada sidang media berhubung dengan Penubuhan Suruhanjaya SEGIM di Menara Dato’ Onn, WTC, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 05 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar perlu mengenang jasa parti yang pernah disertainya itu, meskipun kini telah beralih arah dengan perjuangan parti baharu.

Nasihat itu diberikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Sharkar Shamsudin yang mengharapkan agar bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu tahu bahawa beliau pernah bersama UMNO dan bertanding selama enam penggal.

Malah katanya, Noh perlu melihat kedudukannya ketika ini yang pernah ditawarkan jawatan menteri ketika bersama dengan UMNO.

“Pertamanya kita nak ucap selamat berjayalah kepada Tan Sri, kerana ada kawan baru, platform baru dan perjuangan baru.

“Dia kawan saya, itu hak dialah untuk dia masuk ke dalam Bersatu dan kita tidak pernah melarang dan tidak pernah menyuruh.

“Sebab dalam perlembangaan kita disebut bahawa setiap orang boleh berpersatuan…maknanya boleh pilih sahaja platform mana-mana parti politik,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Shakar ditanya pemberita mengenai tindakan Noh yang secara umum memaklumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Semalam, Noh mengumumkan perkara itu dengan menyatakan beliau telah memohon menyertai parti berkenaan secara dalam talian.

Ujarnya, perkara itu tidak diketahui sesiapa sehingga beliau mendapat sijil menjadi ahli Bersatu.

Pada 27 Januari lalu, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dipecat daripada UMNO setelah didakwa melanggar disiplin parti mengikut Perlembagaan kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pemecatan Noh selepas terdapat laporan dan bukti kukuh beliau melakukan sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang pada PRU-15, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Noh juga terpalit dengan dakwaan kononnya menaja seorang calon bebas iaitu pegawai khasnya yang bertanding di Parlimen Tanjong Karang pada PRU-15 lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast