KUALA LUMPUR- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) menyasarkan 30 cawangan pengedar Proton e.MAS, jenama kenderaan elektrik (EV) pertama PROTON menjelang 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dalam kenyataan hari ini berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pelan pembesaran fleksibel berdasarkan permintaan yang tinggi.
“Pengedar kami bukan sekadar untuk menjual kenderaan, malah menyediakan pusat inovasi dan pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna. ”
“Inisiatif ini menunjukkan komitmen kami untuk membina kepercayaan yang lebih kukuh dalam kalangan pelanggan dan kami bertekad menjadi peneraju bagi segmen kereta nasional dalam sektor EV,” katanya.