Dennis Bekking.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking kembali ke negara, Belanda selepas menerima tawaran sebagai Pengarah Akademi PEC Zwolle.

Kelab itu beraksi di Eredivisie iaitu divisyen bola sepak utama negara itu.

Bekking akan berkolaborasi dengan ketua unit pendidikan, Dennis Rosink dalam merencana program akar umbi kelab tersebut.

Pengarah teknikal kelab itu, Gerry Hamstra menyifatkan pelantikan Bekking bukan sahaja dapat memperkukuh pembangunan akar umbi kelab berkenaan malah percaya kehadiran bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu mampu melahirkan lebih ramai bakat baru mewakili PEC Zwolle.

“Dennis membawa banyak pengalaman dan kepakaran ketika datang dari segi pembangunan bakat dan menguruskan program latihan.

“Pelantikannya merupakan langkah penting dalam memperkuat akademi remaja dan menjamin masa depan yang berjaya untuk kelab, yang mana dia akan bekerjasama dengan Dennis Rosink.

“Kami tidak sabar untuk bekerjasama dan merealisasikan matlamat kami yang bercita-cita tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Selangor dan NFDP, Bekking juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sukan Go Ahead Eagles dari 2016 hingga 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast