BALIK PULAU – Pengurusan Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris mayat seorang warga emas yang masih belum dituntut sejak meninggal dunia di wad hospital, 15 Jun lalu.

HBP dalam satu kenyataan berkata, lelaki bernama Jasni Johari, 61, beralamat terakhir di Sekinchan, Selangor itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan ginjal peringkat akhir, jam 7.29 malam.

“Pihak HBP telah cuba mengesan keluarga warga emas berkenaan termasuk pergi ke alamat tempat tinggal terakhir lelaki itu namun gagal menemukan mereka.

“Mayat warga emas itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HBP dan belum ada sesiapa hadir menuntutnya sehingga kini,” kata HBP dalam satu kenyataan di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil atau menghubungi Ketua Unit Pengurusan HBP, Mohd Shukeri Md Zain di talian 04 866 9333 menerusi sambungan 115. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast