Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd, Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad bergambar kenangan bersama barisan wakil pempaper pada Hari Terbuka National Integrated College (NIC) di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 20 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – National Integrated College (NIC) menjadi pilihan pertama Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) untuk dijadikan Education Tourism, satu program pelancongan pendidikan yang memberi pengalaman terus kepada pengunjung.

Semalam,  NIC menganjurkan Hari Terbuka di Datum Jelatek.

Ia merupakan penganjuran bersama DatumCorp International, BECTA Training Academy, Pusat Beli-Belah Datum Jelatek dan MalaysiaGazette.

Salina Said

Ketua Pengurusan Kewangan Datum Corp International Sdn Bhd, Salina Said berkata, menerusi Edu Tourism pihaknya akan menyediakan platform kepada mana-mana  institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mempromosikan tawaran pendidikan yang ditawarkan.

Pendekatan ini memudahkan IPT mendekati masyarakat khususnya para pelajar atau lepasan sekolah.

“Secara tidak langsung, Edu Tourism merupakan satu inisiatif untuk menambah pengetahuan anak-anak yang mahu melanjutkan pendidikan ke tahap lebih tinggi.

“Kami sangat mengalu-alukan mana-mana institusi pendidikan untuk menganjurkan program dan hari terbuka di sini, sebagai syarikat milik penuh kerajaan Selangor, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Ketua Pengarah MDCC, Suzana Zakaria menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang semalam.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah MDCC, Suzana Zakaria berkata, MDCC berharap usaha Datum Jelatek untuk menjadikan ia sebagai pusat Edu Tourism disambut baik oleh semua institusi pendidikan.

“Ia kerana Kami mempunyai harapan untuk terus berkembang seterusnya menjadi salah satu tempat atau pilihan untuk Edu Tourism,” ujar Suzana.

Dalam program ini, NIC telah diberikan penghargaan oleh MDCC untuk kluster “Education Tourism (MDCC). – MalaysiaGazette