ISTANBUL- Calon Presiden Amerika Syarikat daripada parti Demokrat, Kamala Harris dilihat mungkin mengubah pendirian negara itu terhadap perang Gaza sekiranya menang pilihan raya, 5 November depan.
NBC News yang memetik penganalisis dan bekas pegawai melaporkan, Naib Presiden AS itu dijangka meneruskan sebahagian besar dasar luar Presiden Joe Biden namun dilihat lebih empati terhadap nasib orang awam Palestin di semenanjung Gaza.
Malah Harris menunjukkan kesediannya untuk mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka.
Menurut laporan itu, pendekatan tersebut dilihat boleh menarik pengundi Arab Amerika, golongan muda dan progresif yang menentang pendirian Biden terhadap tindakan Israel.
Pada Mac lalu, pegawai White House terpaksa ‘melunakkan’ ucapan Harris yang menyokong gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan di Gaza, walaupun draf asal lebih mengkritik Israel.