Diana Danielle. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Diana Danielle mahu membuat laporan polis selepas menerima ugutan rogol oleh individu yang tidak dikenali di media sosial.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Diana menerusi satu posting yang dimuatnaik di Insta Story sambil menujukkan ugutan individu terbabit.

“Ia adalah perkara yang sangat serius yang kamu katakan dan saya sedang menunggu permohonan maaf atau saya akan mencari kamu dan bawa ke mahkamah atas apa yang kamu hantar kepada saya.

“Hanya kerana ingin menjawab soalan tanpa dikenali, tidak bermakna kamu boleh mengatakan apa sahaja yang kamu mahu. Saya boleh mencari maklumat peribadi anda dengan mudah, jangan memandang rendah saya walau sesaat,” tegasnya.

Pada masa sama, Diana turut menyatakan beliau sememangnya mengambil serius terhadap perkara itu.

Sebelum ini, seorang individu meninggalkan kenyataan ‘saya bakal rogol awak’ dalam peti soalan menerusi Instagramnya.

Menyedari kesalahan dilakukan, individu tersebut terus memohon maaf kepada isteri pelakon, Farid Kamil itu.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Diana mahu meneruskan hasrat membawa isu tersebut ke pihak berkuasa atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast