Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki diberkas polis selepas berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada rakan sepejabatnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu berlaku di Putra Plaza Ampang pada 12 Julai lalu.

Katanya, polis menerima laporan polis daripada mangsa, seorang wanita berusia 44 tahun yang mendakwa kejadian itu berlaku pada jam 9.15 pagi semasa pengadu berada di pejabatnya.

“Semasa mangsa ada di pejabat suspek tiba tiba telah membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu.

“Pengadu yang panik dengan perbuatan tidak senonoh suspek terus berlari ke tempat parkir kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan daripada insiden itu, mangsa membuat laporan polis mangsa, pada 22 Julai lalu, pada  jam 5.30 petang.

Suspek yang berusia 48 tahun bekerja sebagai pembantu operasi syarikat di Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya ditahan.

Saringan ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah.

Suspek kini direman selama empat hari sehingga 26 Julai ini untuk membantu siasatan lanjut polis.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sampai lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast