KUALA LUMPUR – Pelakon sitkom komedi popular era-90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Imuda menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.
Berita gembira itu dikongsikan rakan selebriti yang juga pelakon dan pengarah filem, Sabri Yunus menerusi hantaran di Facebooknya.
“Tahniah Imuda hari ni (semalam) bergelar Dato A Rahim Muda,” katanya di laman sosial itu.
Imuda menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Datuk di Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, semalam.
Sabri turut mengimbau kenanangan pertama kali beliau mengenali Imuda ketika sama-sama berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Katanya, pada tahun 1982 Imuda telah terkenal sebagai kartunis dan wajahnya sering terpampang dalam Dewan Budaya.– MalaysiaGazette
















