Foto IG Hannah Yeoh.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil menjelaskan tindakannya  bergambar dengan bintang badminton Thailand, Kunlavut Vitisran dan memuat naiknya di laman Instagram miliknya.

Beliau yang masih berada di Paris bersama kontijen Olimpik negara berkata, tindakan itu selari dengan nilai-nilai utama yang ada pada di sebalik temasya sukan empat tahun sekali itu.

“Sebab pertama; fahami nilai Olimpik. Hormat-menghormati dan persahabatan. Itu titik permulaan yang sangat asas,” kata Hannah.

“Sebab ketiga; saya bukan sahaja Menteri Sukan. Saya juga Menteri Belia. Ini bukan tentang memenangi pingat. Saya di sini untuk menyemai budaya sukan yang sihat untuk belia kita.

“Kita bukan sore loser. Tiada yang tidak sensitif untuk mengakui kekuatan pesaing kita selepas pertandingan. Saya melihat betapa tenangnya Kunlavut Vitidsran (baru berusia 23 tahun dan menduduki tempat ke-8 ketika itu) ketika dia menewaskan pemain nombor satu dunia, Shi Yuqi dari China 21-12, 21-10.

“Anak-anak muda, beranilah bercakap sesuatu perkara yang baik. Jika anda duduk di sekeliling takut komen media sosial, anda hanya membenarkan peluang di hadapan mata terlepas begitu sahaja.

“Sukan mengajar kita pelajaran yang tidak ternilai tentang kehidupan dan inilah sebabnya ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan. Mereka menjadi lebih kuat apabila mereka mengamalkan semangat kesukanan yang baik,” jelas di media sosial miliknya.

Hannah menambah, beliau mempraktikkan ‘sebab ketiga’ itu dengan mengucapkan tahniah kepada dua jurulatih Malaysia iaitu Tan Kim Her dan Jeremy Gan atas kemenangan anak didik mereka yang merupakan atlet Jepun.

“Saya masih di point 3 untuk memaparkan ianya bukan fangirl Kunlavut. Saya masih konsisten mempraktikkan semangat kesukanan yang tinggi dan saya mewakili Malaysia — jadilah bermaruah walaupun kita kalah.

“Kepada negara jiran ASEAN, Thailand, saya ingin mengucapkan tahniah sekali! Kita sepatutnya saling mengangkat antara satu sama lain,” jelas berhubung isu tidak sensitif apabila bergambar dengan bintang badminton Thailand itu.

Sejak semalam, pengguna media sosial mengkritik Hannah yang memuji jaguh badminton Thailand yang mengalahkan pemain negara, Lee Zii Jia pada Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi hantaran Instagram.

Ahad lalu, Kunlavut menyekat kemaraan Zii Jia dalam aksi separuh dengan kemenangan dua set 21-14, 21-15 untuk menempah tiket ke penentuan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun beliau perlu akur dengan kehebatan Viktor Axelsen dari Denmark apabila tewas 21-11, 21-11 pada perlawanan akhir. – MalaysiaGazette