Home Nasional Langgar lampu merah, dua penunggang motosikal berlanggar

Langgar lampu merah, dua penunggang motosikal berlanggar

KUALA LUMPUR – Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal bertembung dengan penunggang motosikal lain  di Jalan Greenwood-Batu Caves semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah mengesan kejadian tular itu sekitar 5 petang.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku sekitar 8 pagi membabitkan dua motosikal, jenis Yamaha Y15ZR ditunggang remaja berusia 19 tahun dan sebuah Yamaha Lagenda.

“Dalam kejadian itu, motosikal jenis Lagenda yang ditunggang lelaki tempatan berusia 53 tahun itu datang dari arah Greenwood menuju ke Selayang.

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat, lelaki itu tidak berhenti di lampu isyarat merah lalu bertembung dengan motosikal Y15ZR ditunggang remaja terbabit yang sedang membelok dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua penunggang motosikal mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Noor Ariffin menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat berkaitan juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Rumuna Desa di talian 016-356 6289 atau Bilik Gerakan Daerah Gombak 03-612 6222,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast