Ali Olwan. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC terus memperkasa bahagian serangannya apabila mengikat penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan sebagai senjata baharu kelab itu.

Kehadiran Olwan itu menyertai dua rakan senegaranya, Noor Al-Rawabdeh dan Reziq Bani Hani yang ketika ini sudah berada dalam skuad Gergasi Merah.

Pemain kelahiran Amman itu menjadi salah satu pemain utama buat skuad kebangsaan Jordan sejak berusia 21 tahun.

Olwan yang berusia 24 tahun itu sudah membuat 42 penampilan dan beraksi sebagai pemain utama Jordan dalam 32 perlawanan termasuk ketika kejohanan Piala Asia 2023.

Kehadiran Olwan pasti akan menambah kekuatan jentera serangan Selangor dengan skuad Gergasi Merah sudah meledak 12 gol dalam tujuh perlawanan selain 14 gol dalam Piala FA.

Selangor menempah tiket ke final Piala FA selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) menerusi agregat 6-4 untuk berdepan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast