Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Turut berangkat, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast